Tuesday 21 April 2009

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN

    1. Mengerjakan sembahyang hajat dua rakaat sebelum mengulangkaji
    2. Membaca Al-Quran sebelum memulakan ulangkaji
    3. Mulakan ulangkaji dengan berdoa
    4. Tentukan terlebih dahulu apakah mata pelajaran yang akan diulangkaji,
      tajuk-tajuk dan masa dengan membuat jadula yang lengkap
    5. Mulakan dengan mata pelajarab yang mudah terlebih dahulu, kemudian barulah
      berpindah kepada mata pelajaran yang sukar
    6. Jangan tangguhkan kerja hari ini kepada esok hari. Ulangkaji mata pelajaran
      yang dipelajari pada hari yang sama
    7. Pilih tempat yang tenang dan jauh daripada sebarang gangguan serta ambil
      berat masalah kesihatan dan pencahayaan yang mencukupi
    8. Ambil berat tentang cara duduk yang betul iaitu duduk secara lurus
    9. Segeralah menunaikan solat sebaik sahaja mendengar azan
    10. Selangkan di antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain dengan
      satu kadar masa yang mencukupi untuk berehat

No comments:

Post a Comment