Thursday 25 February 2010

HARI ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 4 SMTDLM

Penerangan sedang diberikan...
Antara gambar-gambar yang sempat diambil ketika Hari Orientasi Pelajar Tingkatan Empat:



REMBAU,27 Januari 2010 yang lalu telah berlansungnya Hari Orientasi Pelajar Tingkatan 4 bersama Lembaga Pengawas Pusat sumber SMTDLM.Hari Orientasi ini bertujuan bagi memperkenalkan kepada pelajar Tingkatan Empat[4] tentang Pusat Sumber Sekolah dan sistem pentadbirannya.
Antara lokasi utama yang dilawati adalah Pusat Sumber, Bilik Salc, Bilik APD dan Mini Kafe. Pada masa yang sama pelbagai soalan kuiz telah diajukan kepada para pelajar tingkatan empat setalah mereka diberi penerangan oleh setiap Pengawas PSS yang mengawal tempat-tempat lawatan.
Konklusinya, disini Lembaga PSS dapat mengambil kesempatan untuk mengeratkan hubungan persahabatan antara pelajar-pelajar baru dengan Warga PPSS SMTDLM.

Dengan berakhirnya hari orientasi ini, kami berharap agar Pusat Sumber Sekolah sentiasa menjadi lokasi utama para pelajar untuk memperoleh kejayaan untuk maju ke hadapan.

Sekian,Terima Kasih.
LEMBAGA PSS SMTDLM 2010.

Mini Library

gambar sebelum.


Lembaga Pengawas Pusat Sumber Tahun 2010 telah menubuhkan sebuah Perpustakaan Mini baru-baru ini.Antara motif atau tujuan utama penubuhan Perpustakaan Mini ini adalah untuk memudahkan para murid untuk memperoleh maklumat,hal ini kerana lokasi Perpustakaan Mini ini amat strategik dimana berdekatan dengan Bilik Darjah Murid.Selain itu Perpustakaan Mini ini menyediakan pelbagai jenis bacaan berunsur pendidikan,ekonomi,politik,sosial,agama dan macam-macam lagi.
Dengan penubuhan Perpustakaan Mini ini,warga PSS SMTDLM memanjatkan rasa harapan yang tinggi agar semua pihak dapat merialisasikan serta memberi sokongan padu sempena penubuhan Perpustakaan Mini ini.