Thursday 25 February 2010

HARI ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 4 SMTDLM

Penerangan sedang diberikan...
Antara gambar-gambar yang sempat diambil ketika Hari Orientasi Pelajar Tingkatan Empat:



REMBAU,27 Januari 2010 yang lalu telah berlansungnya Hari Orientasi Pelajar Tingkatan 4 bersama Lembaga Pengawas Pusat sumber SMTDLM.Hari Orientasi ini bertujuan bagi memperkenalkan kepada pelajar Tingkatan Empat[4] tentang Pusat Sumber Sekolah dan sistem pentadbirannya.
Antara lokasi utama yang dilawati adalah Pusat Sumber, Bilik Salc, Bilik APD dan Mini Kafe. Pada masa yang sama pelbagai soalan kuiz telah diajukan kepada para pelajar tingkatan empat setalah mereka diberi penerangan oleh setiap Pengawas PSS yang mengawal tempat-tempat lawatan.
Konklusinya, disini Lembaga PSS dapat mengambil kesempatan untuk mengeratkan hubungan persahabatan antara pelajar-pelajar baru dengan Warga PPSS SMTDLM.

Dengan berakhirnya hari orientasi ini, kami berharap agar Pusat Sumber Sekolah sentiasa menjadi lokasi utama para pelajar untuk memperoleh kejayaan untuk maju ke hadapan.

Sekian,Terima Kasih.
LEMBAGA PSS SMTDLM 2010.

No comments:

Post a Comment