Tuesday, 21 April 2009

Masakan Lemak Cili Padi Ikan Keli

Cara-caranya:
  1. Siang ikan dan kosek dengan menggunakan asam jawa atau asam limau untuk menghilangkan bau hanyir
  2. Perapkan ikan dengan asam beberapa minit dan cuci sehingga bersih
  3. Gaulkan dengan kunyit dan garam jika suka disalai
  4. Tumbuk cili padi dan garam sehingga lumat
  5. Masukkan ikan ke dalam periuk dan gaulkan dengan bahan yang telah ditumbuk
  6. Kecut di atas api yang kecil sehingga mesra dan masukkan santan pekat
  7. Dengan api yang kecil, kacau sehingga terbit minyak
  8. jika suka, masukkan pelbagai jenis sayuran seperti terung pipit, belimbing bulu, rebung, pucuk tangki, pucuk ubi dan pisang muda.

LOGO PSS





TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN

    1. Mengerjakan sembahyang hajat dua rakaat sebelum mengulangkaji
    2. Membaca Al-Quran sebelum memulakan ulangkaji
    3. Mulakan ulangkaji dengan berdoa
    4. Tentukan terlebih dahulu apakah mata pelajaran yang akan diulangkaji,
      tajuk-tajuk dan masa dengan membuat jadula yang lengkap
    5. Mulakan dengan mata pelajarab yang mudah terlebih dahulu, kemudian barulah
      berpindah kepada mata pelajaran yang sukar
    6. Jangan tangguhkan kerja hari ini kepada esok hari. Ulangkaji mata pelajaran
      yang dipelajari pada hari yang sama
    7. Pilih tempat yang tenang dan jauh daripada sebarang gangguan serta ambil
      berat masalah kesihatan dan pencahayaan yang mencukupi
    8. Ambil berat tentang cara duduk yang betul iaitu duduk secara lurus
    9. Segeralah menunaikan solat sebaik sahaja mendengar azan
    10. Selangkan di antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain dengan
      satu kadar masa yang mencukupi untuk berehat

PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)

Pn. Rozi Bt Taher (Penasihat)
Pn. Prasana Sreedaran
Pn. Salehah Bt Nordin
Cik Norzaidah Bt Endut

Tahukah Anda??

  1. SMTDLM telah memenangi Naib Johan dalam pertandingan Anugerah Sekolah Harapan Negara 2006 antara sekolah Teknik
  2. SMTDLM telah menerima Anugerah Akademik Terbilang 2006 untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Hortikultur Hiasan dan Landskap, Pengurusan Ladang dan Pengajian Agroteknologi daripada JPNS.
  3. SMTDLM telah menduduki tempat Pertama daripada lima buah Sekolah Pertanian bagi mata pelajaran Hortikultur Hiasan dan Landskap, Pengajian Agroteknologi, Pengeluaran Tanaman dan Pengurusan Ladang untuk nilai gred purata terendah dalam SPM 2005.
  4. Sekolah ini juga menduduki tempat Pertama bagi mata pelajaran Bahasa Melayu daripada 69 buah Sekolah Menengah Teknik naik taraf untuk nilai gred purata terendah (2.61) 2004 dan 2005.
  5. Pada 2007 SMTDLM telah memenangi Johan Negeri Edible Landskap anjuran Jabatan Pertanian.
  6. Mendapat tempat Pertama Pertandingan Mereka cipta Model Kenderaan Di Planet Marikh anjuran Jabatan Mufti N. Sembilan 2007.
  7. Wakil SMTDLM merangkul Johan dalam Pertandingan Tilawah Al Quran peringkat Daerah Rembau pada tahun 2007.
  8. Setiap tahun SMTDLM menghantar seorang pelajar aliran pertanian untuk menjalani kursus pertanian di jepun selama setahun.