Nantikan!
PSS SMT D'LEMA
Saturday, 16 April 2011
Baharu!
PSS SMT D'LEMA kini bertukar wajah baharu!
Thursday, 25 February 2010
HARI ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 4 SMTDLM

Antara gambar-gambar yang sempat diambil ketika Hari Orientasi Pelajar Tingkatan Empat:




Antara lokasi utama yang dilawati adalah Pusat Sumber, Bilik Salc, Bilik APD dan Mini Kafe. Pada masa yang sama pelbagai soalan kuiz telah diajukan kepada para pelajar tingkatan empat setalah mereka diberi penerangan oleh setiap Pengawas PSS yang mengawal tempat-tempat lawatan.
Konklusinya, disini Lembaga PSS dapat mengambil kesempatan untuk mengeratkan hubungan persahabatan antara pelajar-pelajar baru dengan Warga PPSS SMTDLM.
Dengan berakhirnya hari orientasi ini, kami berharap agar Pusat Sumber Sekolah sentiasa menjadi lokasi utama para pelajar untuk memperoleh kejayaan untuk maju ke hadapan.
Sekian,Terima Kasih.
LEMBAGA PSS SMTDLM 2010.
Mini Library

Lembaga Pengawas Pusat Sumber Tahun 2010 telah menubuhkan sebuah Perpustakaan Mini baru-baru ini.Antara motif atau tujuan utama penubuhan Perpustakaan Mini ini adalah untuk memudahkan para murid untuk memperoleh maklumat,hal ini kerana lokasi Perpustakaan Mini ini amat strategik dimana berdekatan dengan Bilik Darjah Murid.Selain itu Perpustakaan Mini ini menyediakan pelbagai jenis bacaan berunsur pendidikan,ekonomi,politik,sosial,agama dan macam-macam lagi.
Dengan penubuhan Perpustakaan Mini ini,warga PSS SMTDLM memanjatkan rasa harapan yang tinggi agar semua pihak dapat merialisasikan serta memberi sokongan padu sempena penubuhan Perpustakaan Mini ini.
Tuesday, 21 April 2009
Masakan Lemak Cili Padi Ikan Keli
Cara-caranya:
- Siang ikan dan kosek dengan menggunakan asam jawa atau asam limau untuk menghilangkan bau hanyir
- Perapkan ikan dengan asam beberapa minit dan cuci sehingga bersih
- Gaulkan dengan kunyit dan garam jika suka disalai
- Tumbuk cili padi dan garam sehingga lumat
- Masukkan ikan ke dalam periuk dan gaulkan dengan bahan yang telah ditumbuk
- Kecut di atas api yang kecil sehingga mesra dan masukkan santan pekat
- Dengan api yang kecil, kacau sehingga terbit minyak
- jika suka, masukkan pelbagai jenis sayuran seperti terung pipit, belimbing bulu, rebung, pucuk tangki, pucuk ubi dan pisang muda.
Subscribe to:
Posts (Atom)